Pengenalan

O’da Bakery merupakan sebuah perusahan yang membuat roti dan kek. Nama O’da Bakery juga sebenarnya dipetik daripada nama singkatan pengusaha O’da Bakery sendiri dan telah beroperasi lebih daripada 10 tahun. Pada peringkat awalnya, O’da Bakery hanya menumpukan sepenuhnya pada penjualan kek kukus buah-buahan, kek coklat Moist dan pelbagai jenis kek lapis. Kemudian O’da Bakery meningkatkan penjualannya dengan menjual Mini Pizza dan Roti Sosej di beberapa buah sekolah dan kilang disekitar Johor Bahru.
     
Kini O’da Bakery bukan hanya menjual malah menyediakan kursus membuat kek dan roti kepada sesiapa sahaja berminat bagi melahirkan ramai lagi usahawan yang berkualiti. Moto O’da Bakery yang digunakan “Halal, Suci, Bersih” sentiasa bersamanya dan sememangnya menjadi kepercayaan serta kepuasan kepada pelanggannya.